Annyeong-hasenyo : saya bangga saya budak networking PSP.
Saya bangga saya anak
Malaysia , saya bangga saya di lahirkan sbagai seorang Muslim , saya bangga
saya berbintikan bapa saya dan di kandungkan di rahim ibu dan akhir sekali saya
bangga saya budak NETWORKING.
Amacam best tak intro
kat atas tu ?? Hahah , apa khabo perak ? Tak juga Penang . Dah berbulan juga
lamanya ak tak publish apa-apa entry . So , sekarang baru ada kelapangan nak
mengepost . Ok laa, malas nak cakap banyak .
Dari sekolah rendah lagi
aku dah pasang angan nak jejakkan kaki ni kat uitm. Sebab , masa tu abang ak
tengah buat diploma kat UiTM SRI IAKANDAR . Arwah ayah ak dulu pun suka cakap belajar rajin-rajin dan nanti arwah nak
belikan aku motor skuter kalau aku dapat masuk u . Aku pun iyee kan aja . Tapi silapnya
masa SPM , tulaa tak mau belaja betul-betul lagi !! >_< da laa tak yah nak nangis sangatlaa . So ,
result tak laa gempak mana , setakat cukup-cukup makan . Tak sedeh ke cuma
dapat A tunggal ? Apa tak nangis , meraung mak cik . Sedeh jangan nak cakap laa
. Tapi menangis air mata darah pun gred kat slip periksa tu tak maunya berubah
.
Ok berbalik pada result , biasalah result
cikai macam aku ni mana laa uitm nak layan . So awal-awal aku isi UPU time tu
mintak yang betul-betul ngam dengan result . Tak lupa , ak juga isi Kolej Poly
Tech Mara (KPTM) . Macam yang di tunggu-tunggu tibalah masa menyemak keputusan
permohonan . First expression ak mestilah sedih tak di terima PAKAI kat uitm ,
than ak cek KPTM . Dan ak Berjaya di
tawarkan dengan kursus yg memang apa yang ak minta . Tapi terlalu jauh kat
kedah . Teman duduk Perak tak ke jaoh bebeno nak ulang alik balik cuti .
>_< sedih lagi . Ak pun bersandar kat bantal sambil letak tangan kiri kat
dahi . Berkerut kulit dahi ni fikir masa depan , time tu menyesal tak sudah tak
study betul-betul . Dah laa tak masuk form 6 tak dapat sambung belajar pulak tu
. Family kata tunggu je laa SPA sebelum tu ada gak terlintas nak masuk GIAT MARA je . Hermm.. Tapi siapa tahu satu hari yang pasti
pun tiba . Tak aku duga ada satu lagi result yang tak keluar lagi rupanya iaitu bagi bahagian TEVT/ILKA .
Alhamdulillah , aku di terima Sebagai student Politeknik Seberang Perai (PSP)
kursus IT (rangkaian) . Teruja gilaa .
So now I’m here in Penang
(PSP) and I love being Budak networking . So , moral of the storynyee ialah
jagan cepat gelabah . hampir lapan bulan lebih aku duduk rumah . dekat sbulan aku kerja sementara tunggu result SPM , ayah telah di jemput ilahi . than , aku resign . cabaran duduk kat rumah tanpa ada hala tujuan jagan nak cakap laa .Segala musibah mahupun bencana yang menimpa pasti ada
hikmah di sebaliknya . Aku seronok gila dan kegembiraan itu dapat aku rasa pada
wajah semua insan yang aku sayang .
Dedikasikan
Perginya
dia tanpa sempat melihat aku Berjaya . Namun , kata-kata mu telah Dia kabulkan . ALFATIHAH buat ayahanda SAMADI BIN RUSLAN .
 |
| students NETWORKING sem 1 Politeknik Seberang Perai . |
Older Post | Newer Post